Thursday, April 24, 2014
DAKU
TIDAK SEMPURNA..
Maafkanku..
Jika hadirku tak seindah nama..
Baitku ikhlas dari kalbu..
Sandaranku pada kelibat zahir muslimah..
Jauh sekali ingin menjadi tarikan ar-rijal..
Tak ku rela..!!
Terkadang lalai di hamparan maya..
Sedarkan diriku..
Nasihati daku..
Tarbiah hatiku..
Jangan biarkan imanku merapuh..
Kerana dikau mungkin lebih memahami apa yang diri ini rasai..
SAHABATKU…
Sepi yang mencengkam diri
memaksaku
membuka lembaran baru
kisah suka duka,
persahabatan kita
lantas, jejari
ini menarikan pena
mencoretkan
segalanya…
Sahabat
masihkah
kau ingat…
saat-saat
fawatih perkenalan kita
Barangkali sampai kapan pun
takkan terhenti
kalimah indah “Alhamdulillah”
untuk kulafaz
sepanjang waktu
tanda syukurku
pada yang Esa
kerana mengatur
sebuah persahabatan
di persada hidup
insan
fitrah kita
ingin berteman
Lagu
persahabatan berirama kemesraan
yang kita
nyanyikan bersama
sungguh istimewa
kerana ia
tercipta
dari naluri
keikhlasan
bukan
kepura-puraan
Buat sekian
kalinya
terima kasih
kuucapkan atas segalanya
ketahuilah
olehmu sahabat
hadirmu membawa
lantera tenangi zulmat sangsi
menghadiahkan
kebahagian hakiki..
Doaku
semoga hidupmu
sentiasa diberkati…
persahabatan
ini,
kan meniti
titian menuju firdausi
Jazakallahu Khairan
Kathira…
Wednesday, April 23, 2014
KEK BATIK (Tanpa Telur)
KEK BATIK
(Tanpa Telur)
Bahan-bahan :
250 gm buttercup
200 gm milo (1 paket kecil)
1/2 tin susu pekat
1/2 paket biskut marie
sedikit serbuk koko
*chocolate rice (hiasan)
Cara-cara :
200 gm milo (1 paket kecil)
1/2 tin susu pekat
1/2 paket biskut marie
sedikit serbuk koko
*chocolate rice (hiasan)
Cara-cara :
1. Cairkan buttercup.
2. Masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat. Tutup api.
4. Masukkan sedikit adunan coklat ke dalam bekas. Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan lagi diikuti biskut. Ulang hingga habis. *Pastikan lapisan terakhir adunan coklat. (Kalau nak lagi nampak cantik, boleh laa gaul biskut dgn adunan coklat..) Saya buat ke dua2 cara tu..)
5. Hiaskan chocolate rice di atasnya.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba! (^__^)
2. Masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat. Tutup api.
4. Masukkan sedikit adunan coklat ke dalam bekas. Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan lagi diikuti biskut. Ulang hingga habis. *Pastikan lapisan terakhir adunan coklat. (Kalau nak lagi nampak cantik, boleh laa gaul biskut dgn adunan coklat..) Saya buat ke dua2 cara tu..)
5. Hiaskan chocolate rice di atasnya.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba! (^__^)
Yang ni saya buat secara layer coklat dilapis dgn biskut.. Gmbr yg atas tu sy gaulkan sekali coklat dgn biskut.. |
Maaf laa yea.. Xsempat nk snap pic kek batik yang dipotong.. (~_~) |
Puding Karamel
Puding
Karamel
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus :-
Untuk gula hangus :-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan air panas
Untuk Puding :-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung (Tak de tepung jagung, tepung kastad pn bole..)
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung (Tak de tepung jagung, tepung kastad pn bole..)
Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas (Hati-hati tau bila tuang air panas ke dalam gula yang dh hangus tu...) Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci. Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.
Taadaaaa.. Dah pun siap.. Hihihi.. |
Petua Untuk Memudahkan Segala Urusan
Petua Untuk Memudahkan Segala Urusan :
Ambil dari ayat 8 surah Yaasin.
Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda.
Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda.
Baca dengan niat yang ikhlas.
Ambil dari ayat 8 surah Yaasin.
Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda.
Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda.
Baca dengan niat yang ikhlas.
Thursday, August 22, 2013
Andai masa boleh diputar kembali..
Akan aku putar dan biarkan ia terhenti
Terhenti pada zaman ku ditarbiyah dengan sebenar-benar tarbiyah
Terhenti pada zaman ku dibajai dengan sebenar-benar ilmu
Ku rindu tempat itu
tempat yang mengajarku erti jihad
Erti susah dan payah menuju ilahi
Tidak mungkin luput dariku
kenangan terindah di tempat itu
Bersama mereka yang seangkatan denganku
Mencari dan mengejar sinar ilahi
Kini aku di sini
Di sebuah tempat yang juga mengajarkanku erti jihad
Iaitu tempat untuk beramal dengan apa yang dipelajari
Sesungguhnya benarlah kata-kata seseorang bahawa
tarbiyah itu bermula selepas tazbih kifarah
Namun ku rasa lemah
kerana tanpa mereka yang sentiasa bersamaku
Aku bukan sehebat mereka yang mampu berkata cukuplah Allah bagiku
Aku ini seperti Musa yang amat mengharapkan Harun sebagai penguat diri
Oh Tuhan, ku rindu mereka itu
Akhwat-akhwat tercinta
Sampaikan salam rinduku untuk mereka
Bersama doa-doa semoga mereka itu tsabat dijalanMu.
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)