Thursday, April 24, 2014

SAHABATKU…

Sepi yang mencengkam diri
memaksaku membuka lembaran baru
kisah suka duka, persahabatan kita
lantas, jejari ini menarikan pena
mencoretkan segalanya…

Sahabat
masihkah kau ingat…
saat-saat fawatih perkenalan kita
Barangkali sampai kapan pun
takkan terhenti kalimah indah “Alhamdulillah”
untuk kulafaz sepanjang waktu
tanda syukurku pada yang Esa
kerana mengatur sebuah persahabatan
di persada hidup insan
fitrah kita ingin berteman

Lagu persahabatan berirama kemesraan
yang kita nyanyikan bersama
sungguh istimewa
kerana ia tercipta
dari naluri keikhlasan
bukan kepura-puraan
Buat sekian kalinya
terima kasih kuucapkan atas segalanya
ketahuilah olehmu sahabat
hadirmu membawa lantera tenangi zulmat sangsi
menghadiahkan kebahagian hakiki..

Doaku
semoga hidupmu sentiasa diberkati…
persahabatan ini,
kan meniti titian menuju firdausi
Jazakallahu Khairan Kathira…   

No comments:

Post a Comment